you are my life

Wednesday, 27 April 2016

DASAR AGROMAKANAN NEGARA

Apa itu dasar Agromakanan
·         Dasar agro makanan 2011-2020 ini merupakan kesinambngan kepada Dasar Pertanian Negara Ke-3
1998-2010 (DPN3).
Objektif Dasar Agromakanan (2011-2020)
·         Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara.
·         Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan
Idea utama dasar Agromakanan Negara
·         Pembangunan pertanian bernilai tinggi
·         Pembangunan pertanian mampan
·         Modal insan pertanian bestari dan berinformasi
·         Keunggulan khidmat sokongan pertanian
Hala tuju strategik Dasar Agromakanan
Dasar ini menggariskan beberapa hala tuju strategik untuk meningkatkan kedayasaingan sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan.
1.       Kedayasaingan
v  Penerokaan pertanian bernilai tinggi
-Pembangunan kluster dinamik pertanian bernilai tinggi
v  Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
-Pembangunan tanah secara optimum dan peningkatan produktiviti tanah dan pekerja.
v  Pengukuhan R&D dan inovasi
-Persekitaran kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi – tumpuan kepada baka, benih dan bioteknologi
2.       Kemampanan
v  Persediaan menghadapi impak perubahan iklim
-Persediaan skim insuran pertanian dan sistem amaran awal
v  Perluasan amalan mesra alam
*-R&D menjana teknologi hijau dan mesra alam
v  Pembangunan sumber manusia yang berkualiti
-Peningkatan kemahiran dan kepakaran serta peningkatan pekerja tempatan
v  Pemakanan untuk kesihatan
-Penggunaan hasil dan produk makanan tempatan dan hasilakan makanan yang halal dan selamat untuk dimakan.

Tuesday, 12 April 2016

Farming Simulator 2016 Trailer

What is Biodiversity? | Mocomi Kids

Biodeversiti

BIODEVERSITI


  • Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kepelbagaian kehidupan yang terdapat di  bumi dan semua proses semula jadi. Ini termasuk ekosistem, kepelbagaian genetik dan budaya, dan hubungan di antara ini dan semua hidupan.
  • Biodiversiti merujuk bahawa kehidupan sangat bergantung kepada suhu, altitude, soil, geografi dan spesies yang wujud  di sesuatu kawasan.
  • Biodiversiti terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
            1. Diversiti genetik
            2. Diversiti spesies
            3. Diversiti  ekosistem                                                             
Diversiti genetik
  • ialah kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita bole lihat melalui perbezaan diantara adij dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula yang rambutnya lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dalam kepelbagaian genetik.
Diversiti spesies
  • Kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah, harimau, pokok durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya.
Diversiti ekosistem
  • Kepelbagaian ekosistem merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biotik dan proses ekologi di daratan, laut dan lain-lain ekuatik. Persekitaran di kawasan tertentu bersama-sama dengan proses dan interaksi yang berlaku di dalam dan di antara sistem ini. 
  • Diversiti ekosistem juga bermaksud  kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya.

Global Warming for Kids

Fenomena Pemanasan Global

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Di dalam keadaan semulajadi, kandungan gas rumah hijau tepat bagi keperluan suhu global bumi. Namun hasil dari aktiviti manusia di dalam bentuk pembakaran bahan-bahan api fosil, kandungan karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain telah meningkat secara berterusan. 

Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIAN


Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Banyak di dalam proses pengeluaran produk-produk industri, tenaga haba diperlukan dan ianya dihasilkan melalui proses penghasilan haba seperti pembakaran bahan api fosil di dandang-dandang (boilers).


Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di dalam industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain, pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik, bahan-bahan binaan dan sebagainya.


Semakin banyak haba diperlukan di dalam industri, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.

2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK


Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elaktrik yang merupakan keperluan di dalam semua sektor kehidupan sama ada di sektor kediaman, pentadbiran, perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan. Malaysia sebagai contoh menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil, walaupun hampir 20% melalui penjanaan hidro elektik. 


3. PENYEDIAAN KEPERLUAN AKTIVITI PERNIAGAAN, PEJABAT DAN KEDIAMAN

Aktiviti manusia di sektor perniagaan, pentadbiran mahupun dirumah kesemuanya bergantung kepada tenaga elektrik dan tenaga haba yang mencukupi bagi menyediakan persekitaran yang selesa. Kesemua itu asasnya ialah pembakaran bahan-bahan api fosil. Jadi aktiviti sedemikian secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di permukaan bumi. Semakin banyak diperlukan elektrik dan pendingin hawa atau pemanas persekitaran, semakin banyaklah karbon dioksida dihasilkan.

4. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

5. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global


Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.


6. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.


7. LETUSAN GUNUNG BERAPI

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

1. Peningkatan Suhu Global

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi / kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. 


3. Perubahan Iklim
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan. Fenomina tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang disebut sebagai 'Climate Change".

Wednesday, 6 April 2016

Survival Agricultural Operations: Subsistence Farming



       Pertanian Sara Hidup



v  Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia begitu ketara sejak zaman terawal lagi.

v  Antaranya al- Tighnari dari Granada (abad ke-5-6 hijrah/11-12 masihi). Dalam tulisannya, beliau menyatakan bahawa `pertanian membentuk asas sara hidup bagi manusia dan haiwan'.


v  Dengan itu, ia mendorong `pemeliharaan kehidupan dan keseimbangan rohani'.

v  Bidang pertanian juga menjadi lambang kesejahteraan dan kemakmuran hidup sesebuah bangsa seperti yang disebut dalam banyak ayat al-Quran.


v  Bidang pertanian yang kini menjadi tumpuan dan sandaran sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara menjanjikan limpahan kemakmuran dan kesejahteraan hidup bagi rakyat.
Definisi Pertanian


o    Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang paling penting.

o    Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk
              dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian.

o  Dalam erti lain pertanian adalah pengelolaan tanaman, haiwan dan ikan serta lingkungannya agar memberikan suatu produk.

o   Ilmu pertanian adalah ilmu yang mempelajari bagaimana mengelola tanaman, haiwan, dan ikan serta lingkungannya agar memberikan hasil secara maksimum.

o    Berdasarkan spesifikasinya, ilmu pertanian dapat dikelompokkan menjadi tiga kelompok besar iaitu

§  ilmu tanaman yang mempelajari khusus tanaman,
§  ilmu penternakan yang mempelajari khusus ternakan.
§  ilmu perikanan yang mempelajari khusus ikan dan haiwan air.


  

Sejarah Pertanian

Pertanian dimulakan apabila manusia mula memahami konsep pertanian, haiwan, dan ikan .

Berdasarkan sejarah perkembangannya pertanian dapat diklasifikasikan menjadi 4 golongan iaitu :

*       Pemburu dan pengumpul
*       Pertanian primitif
*       Pertanian tradisional
*       Pertanian progresif (moden)




document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10); Wavy Tail