you are my life

Tuesday, 12 April 2016

Biodeversiti

BIODEVERSITI


  • Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kepelbagaian kehidupan yang terdapat di  bumi dan semua proses semula jadi. Ini termasuk ekosistem, kepelbagaian genetik dan budaya, dan hubungan di antara ini dan semua hidupan.
  • Biodiversiti merujuk bahawa kehidupan sangat bergantung kepada suhu, altitude, soil, geografi dan spesies yang wujud  di sesuatu kawasan.
  • Biodiversiti terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
            1. Diversiti genetik
            2. Diversiti spesies
            3. Diversiti  ekosistem                                                             
Diversiti genetik
  • ialah kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita bole lihat melalui perbezaan diantara adij dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula yang rambutnya lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dalam kepelbagaian genetik.
Diversiti spesies
  • Kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah, harimau, pokok durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya.
Diversiti ekosistem
  • Kepelbagaian ekosistem merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biotik dan proses ekologi di daratan, laut dan lain-lain ekuatik. Persekitaran di kawasan tertentu bersama-sama dengan proses dan interaksi yang berlaku di dalam dan di antara sistem ini. 
  • Diversiti ekosistem juga bermaksud  kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10); Wavy Tail