Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian kecuali nenas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau; dan menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan. FAMA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Malaysia.
Fokus Strategik FAMA
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan rantaian bekalan
- Menjadi pembekal maklumat pasaran bertaraf dunia.
- Mendapatkan pengiktirafan jenama di arena antarabangsa dan menembusi pasaran yang lebih luas.
- Pembinaan keupayaan petani, usahawan dan pekerja.
Khidmat Nasihat dan Perundangan
Khidmat nasihat dan perundingan ditawarkan bagi memastikan para petani serta pengusaha kecil-kecilan dan sederhana mampu mengekalkan daya saing mereka. Melalui perkhidmatan ini, mereka dimaklumkan mengenai jenis-jenis produk pertanian yang diperlukan oleh pasaran. Perkhidmatan ini turut merangkumi pembungkusan, memasang label, penjanamaan dan pelbagai piawaian serta proses selepas tuaian yang releven. Kursus lanjutan, bengkel, lawatan tapak, demonstrasi, nasihat serta perundingan secara perseorangan, pengedaran risalah dan poster juga membentuk sebahagian daripada program lanjutan yang dijalankan oleh FAMA.
Penglibatan dalam Pertanian
Penglibatan FAMA dalam aktiviti perniagaan difokuskan kepada aspek pembangunan khususnya dalam membangunkan pasaran baru dan mewujudkan akses pasaran untuk produk pertanian. Aktiviti perniagaan dijalankan melalui pemborongan, jualan runcit dan eksport. Penglibatan FAMA juga adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumbalas pasaran dan mengenalpasti trend berkenaan produk pertanian yang sedang diniagakan.
No comments:
Post a Comment