Maklumat
Tambahan
J
Genetically
Modified Organism (GMO)
v Merupakan proses integrasi gen asing ke dalam kromosom
sesuatu organisma.
v Sifat yang dikodkan oleh gen berkenaan akan diwariskan kepada
keturunannya melalui proses pembiakan.
v Teknologi ini berpotensi tinggi dan boleh dimanfaatkan bagi
menyelesaikan banyak masalah terutamanya yang berkaitan dengan kekurangan
sumber makanan yang berkualiti tinggi.
v Terdapat juga tumbuhan GMO yang boleh meracuni
serangga penting, terutamanya jenis serangga yang menolong proses pendebungaan.
v Saintis juga telah menemui spesies bakteria yang
memperoleh kod genetik yang berasal daripada tumbuhan GMO.
v Menarik
sekali, bakteria ini ditemui di dalam usus serangga yang memakan tumbuhan GMO
berkenaan.
v Kesannya boleh menyebabkan suatu malapetaka kepada
ekosistem semula jadi dan kemusnahan biodiversti flora dan fauna.
v Setakat ini, belum ada satu pun sebarang keputusan
kajian saintifik terperinci mengenai implikasi pengambilan makanan GMO ke atas
kesihatan manusia.
Ikan Salmon yang diubahsuai secara genetic 2 kali ganda saiz salmon biasa
Bakteria
v Bakteria yang mempunyai daya tahan terhadap
pelbagai jenis antibiotik amat diperlukan oleh penyelidik bagi membolehkan
sesuatu gen diklonkan.
v Sekiranya penyelidik berkenaan kurang prihatin
terhadap tahap keselamatan, bakteria berkenaan boleh terlepas dengan mudah
kepada alam sekitar yang sudah pun dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria.
v Interaksi semula jadi di antara bakteria berkenaan
mungkin menyebabkan pembentukan suatu superbakteria yang tahan kepada apa jua
jenis antibiotik.
v Begitu juga dengan gen yang memberikan daya tahan
antibiotik yang berada pada tumbuhan GMO seperti sayuran dan buah-buahan.
v Gen berkenaan boleh dipindahkan kepada bakteria
yang berada dalam usus apabila manusia memakan tumbuhan GMO berkenaan.
v Bakteria berkenaan boleh membiak dengan cepat,
merebak dan sukar dikawal. Sekiranya bakteria berkenaan menyebabkan suatu wabak
penyakit, penggunaan apa jua jenis antibiotik sekalipun tidak akan memberi
kesan ke atas bakteria berkenaan.




No comments:
Post a Comment