you are my life
Sunday, 29 May 2016
Monday, 23 May 2016
Maklumat
Tambahan
J
Genetically
Modified Organism (GMO)
v Merupakan proses integrasi gen asing ke dalam kromosom
sesuatu organisma.
v Sifat yang dikodkan oleh gen berkenaan akan diwariskan kepada
keturunannya melalui proses pembiakan.
v Teknologi ini berpotensi tinggi dan boleh dimanfaatkan bagi
menyelesaikan banyak masalah terutamanya yang berkaitan dengan kekurangan
sumber makanan yang berkualiti tinggi.
v Terdapat juga tumbuhan GMO yang boleh meracuni
serangga penting, terutamanya jenis serangga yang menolong proses pendebungaan.
v Saintis juga telah menemui spesies bakteria yang
memperoleh kod genetik yang berasal daripada tumbuhan GMO.
v Menarik
sekali, bakteria ini ditemui di dalam usus serangga yang memakan tumbuhan GMO
berkenaan.
v Kesannya boleh menyebabkan suatu malapetaka kepada
ekosistem semula jadi dan kemusnahan biodiversti flora dan fauna.
v Setakat ini, belum ada satu pun sebarang keputusan
kajian saintifik terperinci mengenai implikasi pengambilan makanan GMO ke atas
kesihatan manusia.
Ikan Salmon yang diubahsuai secara genetic 2 kali ganda saiz salmon biasa
Bakteria
v Bakteria yang mempunyai daya tahan terhadap
pelbagai jenis antibiotik amat diperlukan oleh penyelidik bagi membolehkan
sesuatu gen diklonkan.
v Sekiranya penyelidik berkenaan kurang prihatin
terhadap tahap keselamatan, bakteria berkenaan boleh terlepas dengan mudah
kepada alam sekitar yang sudah pun dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria.
v Interaksi semula jadi di antara bakteria berkenaan
mungkin menyebabkan pembentukan suatu superbakteria yang tahan kepada apa jua
jenis antibiotik.
v Begitu juga dengan gen yang memberikan daya tahan
antibiotik yang berada pada tumbuhan GMO seperti sayuran dan buah-buahan.
v Gen berkenaan boleh dipindahkan kepada bakteria
yang berada dalam usus apabila manusia memakan tumbuhan GMO berkenaan.
v Bakteria berkenaan boleh membiak dengan cepat,
merebak dan sukar dikawal. Sekiranya bakteria berkenaan menyebabkan suatu wabak
penyakit, penggunaan apa jua jenis antibiotik sekalipun tidak akan memberi
kesan ke atas bakteria berkenaan.
Wednesday, 18 May 2016
Germplasm
Germplasm is living tissue from which new plants can be grown. It can be a seed or another plant part – a leaf, a piece of stem, pollen or even just a few cells that can be turned into a whole plant. Germplasm contains the information for a species’ genetic makeup, a valuable natural resource of plant diversity.
Agriculture benefits from uniformity among crop plants within a variety, which ensures consistent yields and make management easier. However, genetic uniformity leaves crops especially vulnerable to new pests and stresses. Genetic diversity of germplasm gives plant breeders the sustained ability to develop new high yielding, high quality varieties that can resist constantly evolving pests, diseases and environmental stresses. Sexually compatible wild species and landraces – ancestral varieties of crop species- are the key to genetic diversity, but the amount of land where plants grow wild continues to shrink and many plant species and varieties are disappearing. This is why the plant science community has developed conservation programs to gather, preserve, evaluate, catalogue and distribute germplasm for people all over the world to use.
Farming could be considered the original biological technology (biotechnology) when, some 10,000 years ago, humans began to cultivate and harvest specific plants to produce food. With increasing knowledge of genetics, plant breeders have accelerated the selection process, steadily increasing crop yields and enhancing quality. Some of the new technologies include:
Germplasm is living tissue from which new plants can be grown. It can be a seed or another plant part – a leaf, a piece of stem, pollen or even just a few cells that can be turned into a whole plant. Germplasm contains the information for a species’ genetic makeup, a valuable natural resource of plant diversity.
Agriculture benefits from uniformity among crop plants within a variety, which ensures consistent yields and make management easier. However, genetic uniformity leaves crops especially vulnerable to new pests and stresses. Genetic diversity of germplasm gives plant breeders the sustained ability to develop new high yielding, high quality varieties that can resist constantly evolving pests, diseases and environmental stresses. Sexually compatible wild species and landraces – ancestral varieties of crop species- are the key to genetic diversity, but the amount of land where plants grow wild continues to shrink and many plant species and varieties are disappearing. This is why the plant science community has developed conservation programs to gather, preserve, evaluate, catalogue and distribute germplasm for people all over the world to use.Farming could be considered the original biological technology (biotechnology) when, some 10,000 years ago, humans began to cultivate and harvest specific plants to produce food. With increasing knowledge of genetics, plant breeders have accelerated the selection process, steadily increasing crop yields and enhancing quality. Some of the new technologies include:
- genomics, the study of the genome* of organisms;
- genotyping, the process of determining the genotype*;
- induced mutation, an externally generated change in the structure of DNA* or chromosomes often resulting in a visible or detectable trait alteration;
- phenomics, a field of study concerned with the characterization of phenotypes*; and
- proteomics, the large-scale study of proteins, particularly their structures and functions.
|
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian kecuali nenas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau; dan menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan. FAMA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Malaysia.
Fokus Strategik FAMA
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan rantaian bekalan
- Menjadi pembekal maklumat pasaran bertaraf dunia.
- Mendapatkan pengiktirafan jenama di arena antarabangsa dan menembusi pasaran yang lebih luas.
- Pembinaan keupayaan petani, usahawan dan pekerja.
Khidmat Nasihat dan Perundangan
Khidmat nasihat dan perundingan ditawarkan bagi memastikan para petani serta pengusaha kecil-kecilan dan sederhana mampu mengekalkan daya saing mereka. Melalui perkhidmatan ini, mereka dimaklumkan mengenai jenis-jenis produk pertanian yang diperlukan oleh pasaran. Perkhidmatan ini turut merangkumi pembungkusan, memasang label, penjanamaan dan pelbagai piawaian serta proses selepas tuaian yang releven. Kursus lanjutan, bengkel, lawatan tapak, demonstrasi, nasihat serta perundingan secara perseorangan, pengedaran risalah dan poster juga membentuk sebahagian daripada program lanjutan yang dijalankan oleh FAMA.
Penglibatan dalam Pertanian
Penglibatan FAMA dalam aktiviti perniagaan difokuskan kepada aspek pembangunan khususnya dalam membangunkan pasaran baru dan mewujudkan akses pasaran untuk produk pertanian. Aktiviti perniagaan dijalankan melalui pemborongan, jualan runcit dan eksport. Penglibatan FAMA juga adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumbalas pasaran dan mengenalpasti trend berkenaan produk pertanian yang sedang diniagakan.
Anggaran Luas 1 Ekar Tanah
Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untuk satu (1) ekar. Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.
Ukuran Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)
Ukuran Padang :
- Panjang : Minimum 90m
- Maksimum : 120m
- Lebar : Minimum 45m
- Maksimum : 90m
Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
- Panjang : Minimum 100m
- Maksimum : 110m
- Lebar : Minimum 64m
- Maksimum : 75m
Ukuran Luas:
- 1 Ekar = 0.404686 hektar
- 1 Ekar = 4046.86 meter²
- 1 Hektar = 2.47105 ekar
- 1 Meter ² = 10.7639 kaki²
- 1 Link = 0.201168 meter
- 1 Kaki = 0.3048 meter
- 1 Inci = 0.0254 meter
- 1 Meter = 3.28084 kaki
Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara.
Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia memberi jaminan bahawa jumlah bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara kita.
Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan perkembangan sektor pertanian sebagai industri yang mantap dan berdaya tahan.
Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja.
Dengan permulaan yang memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa ia dapat memberi masa depan cerah untuk industri asas tani.
Wednesday, 27 April 2016
DASAR AGROMAKANAN NEGARA
Apa itu dasar Agromakanan
·
Dasar agro makanan 2011-2020 ini merupakan
kesinambngan kepada Dasar Pertanian Negara Ke-3
1998-2010 (DPN3).
Objektif Dasar Agromakanan (2011-2020)
·
Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan
kepada pendapatan negara.
·
Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat
dimakan
Idea utama dasar Agromakanan Negara
·
Pembangunan pertanian bernilai tinggi
·
Pembangunan pertanian mampan
·
Modal insan pertanian bestari dan berinformasi
·
Keunggulan khidmat sokongan pertanian
Hala tuju strategik Dasar Agromakanan
Dasar ini
menggariskan beberapa hala tuju strategik untuk meningkatkan kedayasaingan
sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan.
1. Kedayasaingan
v
Penerokaan pertanian bernilai tinggi
-Pembangunan kluster
dinamik pertanian bernilai tinggi
v
Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
-Pembangunan tanah
secara optimum dan peningkatan produktiviti tanah dan pekerja.
v
Pengukuhan R&D dan inovasi
-Persekitaran
kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi – tumpuan kepada baka, benih
dan bioteknologi
2. Kemampanan
v
Persediaan menghadapi impak perubahan iklim
-Persediaan skim
insuran pertanian dan sistem amaran awal
v
Perluasan amalan mesra alam
v
Pembangunan sumber manusia yang berkualiti
-Peningkatan
kemahiran dan kepakaran serta peningkatan pekerja tempatan
v
Pemakanan untuk kesihatan
-Penggunaan hasil
dan produk makanan tempatan dan hasilakan makanan yang halal dan selamat untuk
dimakan.
Tuesday, 12 April 2016
Biodeversiti
BIODEVERSITI
- Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kepelbagaian kehidupan yang terdapat di bumi dan semua proses semula jadi. Ini termasuk ekosistem, kepelbagaian genetik dan budaya, dan hubungan di antara ini dan semua hidupan.
- Biodiversiti merujuk bahawa kehidupan sangat bergantung kepada suhu, altitude, soil, geografi dan spesies yang wujud di sesuatu kawasan.
- Biodiversiti terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Diversiti genetik
- Diversiti spesies
- Diversiti ekosistem
Diversiti genetik
- ialah kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita bole lihat melalui perbezaan diantara adij dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula yang rambutnya lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dalam kepelbagaian genetik.
Diversiti spesies
- Kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah, harimau, pokok durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya.
Diversiti ekosistem
- Kepelbagaian ekosistem merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biotik dan proses ekologi di daratan, laut dan lain-lain ekuatik. Persekitaran di kawasan tertentu bersama-sama dengan proses dan interaksi yang berlaku di dalam dan di antara sistem ini.
- Diversiti ekosistem juga bermaksud kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya.
Fenomena Pemanasan Global
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Di dalam keadaan semulajadi, kandungan gas rumah hijau tepat bagi keperluan suhu global bumi. Namun hasil dari aktiviti manusia di dalam bentuk pembakaran bahan-bahan api fosil, kandungan karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain telah meningkat secara berterusan.
Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
1. PERINDUSTRIAN
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
Banyak di dalam proses pengeluaran produk-produk industri, tenaga haba diperlukan dan ianya dihasilkan melalui proses penghasilan haba seperti pembakaran bahan api fosil di dandang-dandang (boilers).
Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di dalam industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain, pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik, bahan-bahan binaan dan sebagainya.
Semakin banyak haba diperlukan di dalam industri, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK
2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK
Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elaktrik yang merupakan keperluan di dalam semua sektor kehidupan sama ada di sektor kediaman, pentadbiran, perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan. Malaysia sebagai contoh menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil, walaupun hampir 20% melalui penjanaan hidro elektik.
3. PENYEDIAAN KEPERLUAN AKTIVITI PERNIAGAAN, PEJABAT DAN KEDIAMAN
Aktiviti manusia di sektor perniagaan, pentadbiran mahupun dirumah kesemuanya bergantung kepada tenaga elektrik dan tenaga haba yang mencukupi bagi menyediakan persekitaran yang selesa. Kesemua itu asasnya ialah pembakaran bahan-bahan api fosil. Jadi aktiviti sedemikian secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di permukaan bumi. Semakin banyak diperlukan elektrik dan pendingin hawa atau pemanas persekitaran, semakin banyaklah karbon dioksida dihasilkan.
4. PENGANGKUTAN
Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida
5. PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
6. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.
Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
7. LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.
Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.
Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.
KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL
1. Peningkatan Suhu Global
Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi / kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai.
3. Perubahan Iklim
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan. Fenomina tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang disebut sebagai 'Climate Change".
1. Peningkatan Suhu Global
Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi / kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai.
3. Perubahan Iklim
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan. Fenomina tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang disebut sebagai 'Climate Change".
Wednesday, 6 April 2016
Pertanian Sara Hidup
v
Kepentingan
sektor pertanian dalam kehidupan manusia begitu ketara sejak zaman terawal
lagi.
v
Antaranya
al- Tighnari dari Granada (abad ke-5-6 hijrah/11-12 masihi). Dalam tulisannya,
beliau menyatakan bahawa `pertanian membentuk asas sara hidup bagi manusia dan
haiwan'.
v
Dengan
itu, ia mendorong `pemeliharaan kehidupan dan keseimbangan rohani'.
v
Bidang
pertanian juga menjadi lambang kesejahteraan dan kemakmuran hidup sesebuah
bangsa seperti yang disebut dalam banyak ayat al-Quran.
v
Bidang
pertanian yang kini menjadi tumpuan dan sandaran sebagai penggerak utama
pertumbuhan ekonomi negara menjanjikan limpahan kemakmuran dan kesejahteraan
hidup bagi rakyat.
Definisi Pertanian
o Pertanian
merupakan aktiviti ekonomi dunia yang paling penting.
o Ia
menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah
penduduk
dunia yang bekerja
terlibat dengan aktiviti pertanian.
o Dalam
erti lain pertanian adalah pengelolaan tanaman, haiwan dan ikan serta
lingkungannya agar memberikan suatu produk.
o Ilmu
pertanian adalah ilmu yang mempelajari bagaimana mengelola tanaman, haiwan, dan
ikan serta lingkungannya agar memberikan hasil secara maksimum.
o Berdasarkan
spesifikasinya, ilmu pertanian dapat dikelompokkan menjadi tiga kelompok besar
iaitu
§ ilmu
tanaman yang mempelajari khusus tanaman,
§ ilmu
penternakan yang mempelajari khusus ternakan.
§ ilmu
perikanan yang mempelajari khusus ikan dan haiwan air.
Sejarah Pertanian
Pertanian dimulakan apabila manusia mula memahami konsep pertanian, haiwan, dan ikan .
Berdasarkan sejarah perkembangannya pertanian dapat diklasifikasikan menjadi 4 golongan iaitu :
Subscribe to:
Comments (Atom)






